Search This Blog

Tuesday, May 25, 2010

Tanda-tanda gangguan Jin kepada manusia

Penyakit gangguan ataupun kerasukan jin pada manusia mempunyai tanda-tanda khusus. Tetapi kadangkala sukar dibezakan antara penyakit gangguan jin dengan penyakit-penyakit lain.

Seorang wanita pernah datang kepada Syeikh Wahid Abdus Salam melaporkan mengenai penyakit kakinya. Wanita itu menyangka terkena penyakit Rheumatik. Tetapi ketika Syeikh Wahid Abdus Salam membacakan beberapa ayat Suci Al-Quran, ternyata ada jin yang melekat di kaki wanita tersebut. Akhirnya kerana tidak tahan mendengar bacaan Al-quran, jin itu segera keluar dari kaki wanita itu..

Tanda-tanda gangguan jin dapat diketahui dalam dua keadaan, iaitu ketika tidur dan dalam keadaan jaga.

TANDA-TANDA DI WAKTU TIDUR:

  1. Sukar tidor malam
  2. Gelisah dan sering terbangun pada waktu malam
  3. Mimpi buruk, iaitu melihat sesuatu yang membahayakan lalu ingin berteriak meminta pertolongan tetapi lidahnya seakan-akan kelu.
  4. Mimpi melihat berbagai-bagai binatang seperti tikus, kucing, anjing, unta, singa dan serigala
  5. bunyi gigi geraham beradu pada saat tidor
  6. Tertawa, menangis atau berteriak pada saat tidur.
  7. merintih dan meratap dalam keadaan tidor
  8. Berdiri dan berjalan dalam keadaan tidur dan tanpa kesedaran
  9. Mimpi seolah-olah akan terjatuh dari tempat yang tinggi
  10. Mimpi berada di kuburan, tempat pembuangan sampah atau di jalan yang mengerikan
  11. Mimpi melihat orang yang aneh seperti terlalu tinggi, terlalu pendek atau terlalu hitam
  12. Mimpi melihat hantu

TANDA-TANDA DI WAKTU JAGA:

  1. Selalu pening yang tidak disebabkan oleh faktor-faktor anggota badan
  2. Selalu lalai daripada zikir dan mengingati Allah
  3. Fikiran kacau dan tidak menentu
  4. badan lemah dan tidak bertenaga
  5. saraf terganggu
  6. rasa sakit pada bahagian-bahagian tertentu dalam tubuh yang tidak dapat dipulihkan oleh Doktor perubatan..

No comments:

Post a Comment