Search This Blog

Saturday, April 10, 2010

Rahsia disebalik senyuman

  1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
  2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
  3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
  4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
  5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
  6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
  7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
  8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .
  9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
  10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
  11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
  12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
  13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
  14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.
  15. Pujangga menyebut :" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".

Senyumlah





Senyummu kala bertemu saudaramu bernilai sedekah. Orang yang murah senyuman dalam menjalani hidup ini bukan sahaja orang yang paling mampu membahagiakan diri sendiri, tetapi juga orang yang berkemampuan lebih dalam mengerjakan berbagai urusan, lebih bertanggungjawab ketika memikul tugas, orang yang paling kuat menghadapi kesulitan dan memecahkan persoalan dan lebih profesional dalam memikul urusan penting yang bermanfaat bagi diri mereka dan masyarakt. Apa ertinya harta yang banyak apabila wajah selalu muram? Apa ertinya pangkat dan kedudukan sekiranya jiwa sering cemas? Apa ertinya segala yang ada di dunia ini, apabila perasaan sedih seumpama orang yang baru sahaja selesai menghantar jenazah kekasihnya? Apa ertinya kecantikan seorang isteri sekiranya sering bewajah muram dan hanya membuatkan suasana rumah tangga seolah-olah seperti neraka? tentulah, seorang isteri yang tidak terlalu cantik akan menjadi seribu kali lebih baik sekiranya dia mampu menjadikan suasana rumah tangganya laksana syurga setiap hari. Senyuman tidak akan berharga sekiranya tidak terbit dari hati yang tulus dan untuk menutupi perangai yang tidak baik. lihatlah setipa bunga tersenyum, hutan tersenyum, sungai dan lautan, langit, bintang - bintang dan burung-burung, semuanya tersenyum. Dan manusia, sesuai dengan watak dasarnya adalah makhluk yang suka tesenyum jikalau dalam dirinya tidak menonjolkan penyakit tamak, jahat dan egoisme yang sering membuata raut wajah tampak kusut dan muram. Raut wajah seseorang adalah bisikan gambaran keadaan jiwanya. Oleh itu tidak akan tampak keindahan pada orang yang jiwanya tidak tenang dan tidak ada kebenarandari orang yang hatinya kotor. Setiap manusia melihat dunia ini sesuai dengan perbuatannya, fikiran ada dorongan hidupnya. Di mana, apabila amal perbuatan baik, fikirannya bersih dan motivasi hidupnya suci, maka dia akan melihat dunia ini bersih dan indah sebagaimana dunia itu diciptakan. Jika sebaliknya, dunia akan dilihat gelap-gelita dan dia melihat segala sesuatu terasa hitam pekat. Dan akhirnya terbentuklah dua sisi jiwa: pada satu sisi ada jiwa yang dapat membuat sesuatu terasa sengsara, di sisi lain pula ada jiwa yang mampu menciptakan sesuatu bahagia. Hidup ini adalah seni dan seni dapat dipelajari dan ditekuni. Sebaiknya manusia berusaha keras dan penuh kesungguhan belajar tentang bagaimana mengahsilkan bunga-bunga, wangian dan cinta sepanjang hidupnya. Itu lebih baik daripada dia terus memerah tenaga dan waktunya hanya untuk mengumpul harta benda dan tidak dimanfaatkan sedikit pun untuk meningkatkan kualiti kasih sayang, cinta dan keindahan dalam hidupnya. Ramai orangtidak mampu melihat keindahan hidup ini. Mereka hanya membuka matany untuk wang ringgit semata-mata dan berusaha agar mereka boleh berjalan di dalam kebun yang lebat, bunga-bunga cantik mempersona, ari jerjih yang bergemercik dan burung-burung yang berkicau riang. Akan tetapi mereka lupa malah tak pernah berupaya membuat hati mereka bahagia. Mereka sibuk menghitung harta yang masuk dan keluar kerana bagi mereka harta adalah satu-satunya alat untuk mencapai hidup bahagia. Tiada apa yang akan membuatkan jiwa dan wajah kita menjadi selalu muram selain rasa putus asa. Sebaiknya tanamkanlah harapan walaupun sedikit dalam setiap doa-doamu terhadap Allah swt. Kerana lebih baik berharap daripada putus asa. Putus asa menjadikan jiwa kita lara, hati kita mati, dan akal kita kosong yang mana akan mudah kita terpesong. Maka jika jiwa anda menginginkan senyuman, senyumlah setulusnya. Nescaya akan da rasa kepuasan disebalik senyumanmu itu. Sesungguhnya senyuman itu penawar hati, ketawa itu penawar duka dan sabar itu indah.